Monday, June 1, 2015

Lagu Mari Mengenal Pecahan

Lagu ni sangat sesuai dijadikan sebagai lagu pengenalan untuk topik pecahan. cikgu-cikgu boleh masukkan dalam set induksi :)

Sunday, May 24, 2015

RPH Matematik Tahun 4 : Pecahan Nombor Bercampur dan Pecahan Tak Wajar

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK KSSR TAHUN 4
Mata pelajaran                       : Matematik
Kelas                                        : 4 Islah
Tarikh                                      : 25 Mac 2015
Masa                                       : 8.00 a.m – 9.00 a.m
Bilangan murid                       :  26 orang
Bidang                                     : Nombor dan Operasi
Tajuk                                       : Pecahan
Pengetahuan sedia ada          :
            1) Murid pernah mempelajari topik pecahan sewaktu tahun 3.
            2) Sebahagian murid mampu menyelesaikan operasi darab dan bahagi dengan baik sebelum ini.

Hasil pembelajaran                :
1) Murid dapat mengenal, menamakan dan menulis pecahan tak wajar dan nombor bercampur yang penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan:
                                    a) objek
                                    b) gambar rajah

Kemahiran berfikir              
            1) Banding beza : Membanding beza antara nombor bercampur dan pecahan tak wajar
            2) Menjana idea : Memberi pendapat contoh-contoh lain yang berkaitan dengan isi pelajaran.

Penerapan nilai                   : Bekerjasama, yakin dan berani.
Alat bantu mengajar   :
                                    1) Komputer riba
                                    2) LCD
                                    3) Slaid/power point
                                    4) Potongan manila kad berbentuk kek, jus limau
                                    5) Klip video

Strategi pengajaran dan pembelajaran :

LANGKAH DAN
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

ALATAN
Pendahuluan
(3 minit)
Bacaan doa sebelum belajar oleh murid-murid.
Guru meminta murid-murid membaca doa secara kuat dengan lancar dan betul.
Set induksi
(7 minit)
Bagaimana mahu mengira dan menyebut jumlah sebiji kek dan kek span yang telah dipotong menjadi ¾ bahagian?

Bagaimana mahu menyebut nilai satu jug penuh air dan satu jug lagi berisi separuh penuh?

- Guru membahagikan kelas dalam 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan diedarkan dengan kad nombor beberapa pilihan pecahan dan nombor bercampur.
- Guru bertanya apakah pecahan yang betul bagi bahagian kek dan air tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.
- wakil murid setiap kumpulan akan mengangkat kad dengan jawapan.
- Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang bakal dipelajari.
- manila kad berbentuk kek
- jus limau
- kad nombor
Langkah 1
(10 minit)
Maksud nombor bercampur:
“Nombor bercampur menunjukkan nilai lebih daripada 1.”



- Guru meminta 2 orang murid untuk melakonkan situasi majlis hari jadi. (Rujuk buku teks unit 7, halaman 69)
- Seorang murid bertanyakan berapa banyak lagi bahagian hidangan dan air yang tinggal untuk dihidangkan kepada tetamu.
- Seorang lagi menjawabnya dalam bentuk pecahan.
-Slide power point akan ditayangkan dalam masa yang sama.
- Guru membimbing pelajar dan mengaitkannya dengan maksud nombor bercampur.
- Guru menayangkan klip video yang telah disediakan.
Nilai:
- Kerjasama antara murid
- Berkeyakinan tampil ke hadapan kelas.

Alat Bantu Mengajar (ABM):
- Komputer riba dan LCD
- Slaid power point
- manila kad berbentuk kek
- Jus limau
- klip video
Langkah 2
(10 minit)
Maksud Pecahan tak wajar:
“Pecahan tak wajar ialah pecahan yang mempunyai pengangka yang sama dengan penyebut atau lebih besar dari penyebut.”
- Guru akan menayangkan klip video yang telah disediakan.
- Guru menerangkan maksud dan konsep pecahan tak wajar berdasarkan stimulus yang ditunjukkan kepada pelajar melalui slaid dan buku teks
- Guru meminta beberapa orang pelajar bangun dan menyebutkan contoh-contoh pecahan tak wajar.
ABM :
- Klip video
-Slaid power point.
Langkah 3
(20 minit)
Hubungan nombor bercampur dan pecahan tak wajar

- Dalam kumpulan yang sama guru memberikan murid-murid 2 kad bertulis pecahan tak wajar dan nombor bercampur
- Slaid powerpoint akan ditayangkan untuk bimbingan kepada murid.
- Murid perlu menukarkan pecahan tak wajar tersebut kepada nombor bercampur dan sebaliknya dengan menggunakan potongan kek berdasarkan pengetahuan sedia ada dengan kaedah darab dan bahagi dalam kumpulan.
- Murid perlu memaparkan potongan kek tersebut di atas meja kumpulan.
- Guru mengaitkan dengan isi pelajaran iaitu hubungan antara nombor bercampur dan pecahan tak wajar.
Nilai:
- Bekerjasama
- Yakin dan berani

ABM:
- potongan manila kad berbentuk kek
Penutup
(10 minit)
Penilaian dan rumusan terhadap apa yang telah dipelajari (hasil pembelajaran) pada hari ini.
- Guru akan membuat kesimpulan bermula dari awal isi pembelajaran dan memilih murid secara rawak untuk disoal.

Saturday, May 23, 2015

animasi buah nombor bercampur dan pecahan tak wajar


Ini ada cara yang mudah untuk kamu memahami dengan jelas apakah itu nombor bercampur dan pecahan tak wajar. selamat menonton!!! 

Thursday, May 21, 2015

CONTOH LAMPIRAN MODEL ASSURE

LAMPIRAN A: PEMILIHAN/PERANGKAAN/PENENTUAN KANDUNGAN
Tajuk Pengajaran                    : Pecahan - Pecahan tak Wajar & Nombor Bercampur
Nama Guru                             : Hasmahani Binti Hassan Hadeli
Kelas                                        : 4 Islah
Kandungan Pengajaran           :
Masa                                       : 60 Minit

ANALISIS MODEL ASSURE

LANGKAH
HURAIAN MODEL
HURAIAN ANALISIS
1
A – Analyze leaner
(Analisis ciri-ciri pelajar)
Ciri-ciri umum murid:
·         Telah mempelajari topik pecahan sewaktu tahun 3.
·         Bilangan pelajar : lelaki perempuan
·         Kemahiran murid kelas ke 3 daripada 4 kelas
·         Murid sekolah islam di bandar

2
S – State objectives
(Menyatakan objektif)
Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1) Menyatakan pecahan tak wajar dan nombor bercampur penyebutnya hingga 10.
2) Menukar pecahan tak wajar penyebutnya hingga 10 kepada nombor bercampur dan sebaliknya.
3
S – Select methods, Media & Materials
(Memilih Kaedah, Media & Bahan)
KAEDAH :
·         Kemahiran berfikir banding beza dan menjana idea, Konstruktivisme, ICT
MEDIA & BAHAN :
·         Buku teks, potongan gambar (puzzle), computer riba, LCD, slaid powerpoint

4
U – Utilize Media & Materials
(Menggunakan Media & Bahan)
Dilakukan dalam sesi pengajaran dan  pembelajaran.
5
R – Require Learner Participation
(Memerlukan Penyertaan Pelajar)
Rujuk RPH pada set induksi, langkah 2 dan 3.
6
E – Evaluate & Revise
(Menilai & Mengulangkaji)
Rujuk RPH pada  langkah 2, 3 dan penutup.

Sunday, March 1, 2015

Mengenal dan Menentukan Pecahan

Assalamualaikum WBT semua..
Mak Cik Math masih lagi ingin membincangkan mengenai topik pecahan.

Topik Hari Ini:
(ii) Mengenal dan menentukan pecahan sebagai sebahagian daripada satu kumpulan.

PECAHAN terdiri daripada beberapa jenis iaitu:

1) PECAHAN WAJAR

Di post yang lepas, kita telah belajar bahawa pengangka ialah nombor yang terletak di bahagian atas dan penyebut ialah nombor yang terletak di bahagian bawah.
Pecahan wajar ialah pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang lebih kecil dari penyebut.

Contohnya:


2) PECAHAN TAK WAJAR
Pecahan tak wajar ialah pecahan yang mempunyai nombor pengangka lebih besar dari penyebut.
contohnya:

                                               QR Code Task Cards: Students practice converting Improper Fractions to Mixed Numbers and then self-check using QR Codes. $ Now, I don't do fractions, but using a qr code for self checking, very cool

3) PECAHAN SETARA
Pecahan setara adalah pecahan yang sama  nilai. contohnya 1/2 adalah sama dengan 2/4




1/2


1/4
1/4
1/4
1/4









Ianya lebih mudah dilihat melalui carta dibawah:

1/2
1/2
1/4
1/4
1/4
1/4
1/6
1/6
1/6
1/6
1/6
1/6
1/8
1/8
1/8
1/8
1/8
1/8
1/8
1/8



1/3
1/3
1/3
1/6
1/6
1/6
1/6
1/6
1/6
1/9
1/9
1/9
1/9
1/9
1/9
1/9
1/9
1/9


4) NOMBOR BERCAMPUR
Nombor bercampur adalah campuran nombor bulat dan pecahan wajar. contohnya:

                                                                      3 + 1/4
Apabila ditukar kepada nombor bercampur, ia akan jadi seperti berikut:

                              3 + 1/4 = 3 ¼
Jumpa lagi di post yang lain
ƪ(˘⌣˘)ʃ

Saturday, February 7, 2015

Nombor dan Operasi : PECAHAN

Topik hari ini: PECAHAN

Assalamualaikum Wbt semua.





                                                                          
                               APAKAH ITU PECAHAN




Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.


The other side of the fractions



Kamu dan kawan-kawan telah memesan piza, bagaimana kamu mahu bahagikan piza ini supaya semua orang mendapat bahagian yang sama banyak??


Mari kita mengenal pecahan.





Setelah dibahagikan, jumlah bahagian piza yang kamu dapat dipanggil pengangka. Pengangka ialah nombor yang terletak di atas.

Manakala jumlah keseluruhan piza yang dipotong pula dipanggil penyebut. Penyebut ialah nombor yang terletak di bawah.

Numerator (Pengangka) & Denominator (Penyebut)


Contohnya:


1 ialah pengangka
2 ialah penyebut

Jumpa lagi di post yang lain.