RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK KSSR TAHUN 4
Mata
pelajaran :
Matematik
Kelas
: 4
Islah
Tarikh
: 25
Mac 2015
Masa
:
8.00 a.m – 9.00 a.m
Bilangan
murid : 26 orang
Bidang
:
Nombor dan Operasi
Tajuk
:
Pecahan
Pengetahuan
sedia ada :
1) Murid pernah mempelajari topik pecahan sewaktu tahun 3.
2) Sebahagian murid mampu menyelesaikan operasi darab dan bahagi dengan baik
sebelum ini.
Hasil
pembelajaran :
1) Murid dapat
mengenal, menamakan dan menulis pecahan tak wajar dan nombor bercampur yang
penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan:
a) objek
b) gambar
rajah
Kemahiran
berfikir
1) Banding beza : Membanding beza antara nombor bercampur dan pecahan tak wajar
2) Menjana idea : Memberi pendapat contoh-contoh lain yang berkaitan dengan isi
pelajaran.
Penerapan
nilai
: Bekerjasama, yakin dan berani.
Alat
bantu mengajar :
1) Komputer riba
2) LCD
3) Slaid/power point
4) Potongan manila kad berbentuk kek, jus limau
5) Klip video
Strategi
pengajaran dan pembelajaran :
LANGKAH DAN
MASA
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
ALATAN
|
Pendahuluan
(3 minit)
|
Bacaan doa sebelum belajar oleh murid-murid.
|
Guru meminta murid-murid membaca doa secara kuat dengan
lancar dan betul.
|
|
Set induksi
(7 minit)
|
Bagaimana mahu mengira dan menyebut jumlah sebiji kek
dan kek span yang telah dipotong menjadi ¾ bahagian?
Bagaimana mahu menyebut nilai satu jug penuh air dan
satu jug lagi berisi separuh penuh?
|
- Guru membahagikan kelas dalam 3 kumpulan. Setiap
kumpulan akan diedarkan dengan kad nombor beberapa pilihan pecahan dan nombor
bercampur.
- Guru bertanya apakah pecahan yang betul bagi bahagian
kek dan air tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.
- wakil murid setiap kumpulan akan mengangkat kad
dengan jawapan.
- Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang bakal
dipelajari.
|
- manila kad berbentuk kek
- jus limau
- kad nombor
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Maksud nombor bercampur:
“Nombor
bercampur menunjukkan nilai lebih daripada 1.”
|
- Guru meminta 2 orang murid untuk melakonkan situasi
majlis hari jadi. (Rujuk buku teks unit 7, halaman 69)
- Seorang murid bertanyakan berapa banyak lagi bahagian
hidangan dan air yang tinggal untuk dihidangkan kepada tetamu.
- Seorang lagi menjawabnya dalam bentuk pecahan.
-Slide power point akan ditayangkan dalam masa yang
sama.
- Guru membimbing pelajar dan mengaitkannya dengan
maksud nombor bercampur.
- Guru menayangkan klip video yang telah disediakan.
|
Nilai:
- Kerjasama antara murid
- Berkeyakinan tampil ke hadapan kelas.
Alat Bantu Mengajar (ABM):
- Komputer riba dan LCD
- Slaid power point
- manila kad berbentuk kek
- Jus limau
- klip video
|
Langkah 2
(10 minit)
|
Maksud Pecahan tak wajar:
“Pecahan
tak wajar ialah pecahan yang mempunyai pengangka yang sama dengan penyebut
atau lebih besar dari penyebut.”
|
- Guru akan menayangkan klip video yang telah
disediakan.
- Guru menerangkan maksud dan konsep pecahan tak wajar
berdasarkan stimulus yang ditunjukkan kepada pelajar melalui slaid dan buku
teks
- Guru meminta beberapa orang pelajar bangun dan
menyebutkan contoh-contoh pecahan tak wajar.
|
ABM :
- Klip video
-Slaid power point.
|
Langkah 3
(20 minit)
|
Hubungan nombor bercampur dan pecahan tak wajar
|
- Dalam kumpulan yang sama guru memberikan murid-murid 2
kad bertulis pecahan tak wajar dan nombor bercampur
- Slaid powerpoint akan ditayangkan untuk bimbingan
kepada murid.
- Murid perlu menukarkan pecahan tak wajar tersebut
kepada nombor bercampur dan sebaliknya dengan menggunakan potongan kek
berdasarkan pengetahuan sedia ada dengan kaedah darab dan bahagi dalam
kumpulan.
- Murid perlu memaparkan potongan kek tersebut di atas
meja kumpulan.
- Guru mengaitkan dengan isi pelajaran iaitu hubungan
antara nombor bercampur dan pecahan tak wajar.
|
Nilai:
- Bekerjasama
- Yakin dan berani
ABM:
- potongan manila kad berbentuk kek
|
Penutup
(10 minit)
|
Penilaian dan rumusan terhadap apa yang telah
dipelajari (hasil pembelajaran) pada hari ini.
|
- Guru akan membuat kesimpulan bermula dari awal isi
pembelajaran dan memilih murid secara rawak untuk disoal.
|